Catatan Popular

Selasa, 18 Disember 2012

Misteri huruf V di kota Nabi Daud

BAITULMUQADDIS - Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru.
Kumpulan penggali Israel menemui beb
erapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.

Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.
Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat.

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.
"Saya tidak pernah melihat benda seperti ini," kata Shukron.

Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.

Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.

Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.
Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka.

Laporan - Agensi
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Ora
ng seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Ahad, 16 Disember 2012

Hubungan Kerajaan Nusantara Purba

Apabila membuat kajian bangsa, satu perkara yang perlu diingat ialah tiada sempadan negara yang merentangi Nusantara. Tiada Indonesia, tiada Brunei, tiada Filipina, tiada Singapura bahkan tiada juga Malaysia yang menjadi sempadan berkembangnya sejarah bangsa di Nusantara di zaman dahulu.
Indonesia terbentuk menerusi penjajahan Belanda, Filipina pula setelah penj
ajahan Sepanyol. Bahkan Brunei dan Malaysia tertubuh setelah penjajahan Inggeris. Keramat Naga Melayu telah ditukar menjadi garuda dan harimau. Kemudian semakin mengecil menjadi kijang, rusa bahkan penyu. Singapura terlepas dari tangan Malaysia kerana misteri sejarah terancang.

Namun nasib buruk pula terpaksa ditanggung rakyat Champa dan Patani kerana masing-masing ditakluk oleh musuh tradisi mereka sejak ratusan tahun. Champa ditakluk menerusi perang oleh Vietnam manakala Patani dijajah menerusi kertas perjanjian di antara dua kuasa penjajah, iaitu Thailand dan Inggeris. Sedangkan Acheh yang benyak jasanya kepada dunia Melayu-Islam di nusantara telah diserah oleh Belanda kepada Indonesia menerusi helah atau konspirasi terancang disebalik siri penjajahan di nusantara tersebut.

Seperti yang tersedia maklum bahawa Kerajaan Melayu pertama di nusantara ialah Champa. Raja-rajanya adalah dari keturunan raja-raja agung dari Parsi, yang telah membentuk empayar-empayar agung dunia di zaman dahulu kala. Bangsa Melayu itu sendiri adalah lahir dari keturunan raja-raja serta bangsawan empayar purba. Dari Champa, raja-raja ini kemudian membuka kerajaan-kerajan disegenap pelusuk nusantara dan akhirnya terbentuk empayar-empayar yang menguasai persempadanan dunia timur dan barat. Empayar Langkasuka, Sriwijaya, Sailendra serta Majapahit telah menjadi sebutan bangsa Eropah sehingga memabukkan mereka untuk menguasainya disebabkan kekayaan hasil bumi disamping kedudukan geografinya yang strategik.

Penghijrahan bangsa Melayu dari Champa (wangsa Mala, bangsa Gunung) membuka penempatan di kawasan utara semenanjung Tanah Melayu telah membentuk Empayar Langkasuka, pada sekitar tahun 200 Masehi (Kurun Ke-2 hingga kurun ke-14 Masehi). Pusat pentadbiran Langkasuka di antara abad ke 3 hingga abad ke 6 terletak di Kedah. Selepas abad ke 6, pusat pentadbirannya telah dipindahkan ke Patani (Patani yang dimaksudkan ialah Patani bermula 200 Masehi sehingga 1800 Masehi, yang meliputi Patani, Kelantan dan sebahagian Terengganu). Pentadbiran Langkasuka-Timur terletak di Cahaya/Jaya, di utara Semenanjung Tanah Melayu (Segenting Kra).

Di Palembang pula, masyarakat Melayu Champa (Melayu-Deutro) telah berhijrah ke sana serta berlaku asimilasi dengan Melayu Palembang (Melayu-Proto), telah berkembang biak sehingga membentuk Empayar Sriwijaya pada sekitar tahun 700 Masehi.

Melayu-Deutro dari Champa juga telah berasimilasi dengan Melayu- Proto di Pulau Jawa yang mewujudkan Empayar Sailendra pada sekitar tahun 800 Masehi dan Empayar Majapahit pada tahun 1293 Masehi.
Pada tahun 750 Masehi, Kerajaan Sriwijaya di bawah pemerintahan Raja Jaya Wangsa (Raja Rudra Vikrama, 728 - 775), bercadang meluaskan empayarnya kerana ketika itu Pelabuhan Kataha (Kedah) sangat maju. Dalam tahun yang sama juga, Kerajaan Sriwijaya telah menyerang dan mengalahkan Empayar Langkasuka di Kedah.
Raja Sriwijaya, Raja Jaya Wangsa kemudiannya mengahwinkan putera baginda dengan puteri Raja Kedah. Pada ketika itu, Kedah dibawah pemerintahan Raja Mahawangsa. Melalui perkahwinan tersebut lahirlah putera-putera yang diberi gelaran Seri Wangsa. Putera sulung ditabalkan menjadi Raja Langkasuka-Kedah, manakala putera kedua ditabal sebagai Raja Langkasuka-Timur (Patani).
Kerajaan Sriwijaya telah menetapkan bahawa taraf Raja Patani adalah lebih tinggi daripada Raja Ligor, Raja Singgora dan Raja Cahaya. Patani adalah wakil kepada pemerintahan Empayar Sriwijaya yang berpusat di Palembang.
Pusat pentadbiran Langkasuka telah dipindahkan oleh Raja Sriwijaya ke Cahaya. Pada waktu itu nama Patani masih belum muncul. Pelabuhan Patani menjadi lebih maju berbanding Kedah. Dengan itu Kerajaan Sriwijaya tidak lagi mengambil berat tentang kemajuan Kedah. Bagaimana pun pelabuhan Kedah masih lagi menjadi tumpuan pedagang dari India dan Parsi sehinggalah pelabuhan tersebut dihancurkan oleh Kerajaan Chola dari India pada tahun 1025 Masehi. (Nota: Kerajaan Chola dari India hanya menyerang Kedah sahaja, bukannya menghancurkan kerajaan Sriwijaya. Hanya prasasti di India sahaja yang mendakwa serangan Chola terhadap Sriwijaya. Sedangkan bukti-bukti lain menyokong bahawa Kerajaan Sriwijaya masih maju dan mengawal perairan Selat Melaka dan Laut Champa/Laut China Selatan).
Pada tahun 775 Masehi, Empayar Sriwijaya menyerang pula negeri Ligor lalu menjadikannya negeri jajahannya. Raja Sriwijaya telah melantik seorang wakilnya untuk memerintah Ligor.
Raja Seri Wangsa di Patani pula memperolehi dua orang putera dan dua puteri. Putera sulung, Raja Antira Wangsa ditabal sebagai Raja Patani yang keturunan raja-raja negeri Patani sehinggalah raja terakhir Dinasti Seri Wangsa, Raja Kuning (Raja Patani, 1635 – 1688). Putera kedua bernama Raja Chandra Wangsa ditabal menjadi Raja Ligor.
Pada tahun 800 Masehi, berlaku peperangan antara negeri Jaya (Cahaya/Chaiya) dengan Negeri Cempaka Pura (Champa). Raja Patani telah menghulurkan bantuan kepada negeri Cahaya dan berjaya mengalahkan Champa. Hubungan persaudaraan negeri Cahaya dan Champa dipulihkan melalui perkahwinan putera Raja Champa dengan puteri Raja Cahaya.
Setelah 500 tahun Sriwijaya menguasai Langkasuka, pada tahun 1250 Masehi, telah berlaku perselisihan faham antara Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Sailendra di Pulau Jawa. Ekoran dari itu tercetus perang antara kedua belah pihak, di mana raja-raja dari Kerajaan Sriwijaya di Semenanjung Tanah Melayu telah memberi sokongan ketenteraan kepada Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

isebabkan kekuatan tentera kedua belah pihak adalah seimbang, tiada pihak yang kalah atau menang dalam peperangan tersebut. Lalu Kerajaan Sriwijaya membuka rundingan perdamaian dan kata sepakat pun telah dicapai. Langkasuka Timur (Patani) telah dibuka oleh Sriwijaya kepada Sailendra untuk melakukan kegiatan perniagaan. Pada tahun 775 Masehi, kerajaan Sriwijaya telah bertukar tampuk kuasa kepada Kerajaan Sailendra yang mana Empayar Sriwijaya diperintah oleh raja-raja dari Wangsa Sailendra. Pertukaran tampuk kepimpinan ini tidak menimbulkan masalah kerana Sriwijaya dan Sailendra mempunyai hubungan kekeluargaan yang masih rapat. Semenjak itu Raja Sailendra, Sri Maharaja (775 - 778) memerintah dua kerajaan sekaligus.

Semenjak itu wujudlah pertukaran dan perkongsian budaya antara Kelantan dan Jawa. Disebabkan berlaku proses asimilasi, maka sebahagian penduduk Patani-Kelantan telah bertutur dengan dielek campuran Melayu-Jawa.
Semasa abad ke 11, Patani telah pun menerima agama Islam secara meluas. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk Ligor dan Cahaya tidak berpuas hati dengan raja-raja berketurunan Sriwijaya. Ini ditambah pula perasaan marah mereka kepada orang-orang Jawa yang tinggal di Patani (Kelantan) kerana sikap mereka yang kasar. Lalu pada tahun 1295, rakyat kedua negeri tersebut bangkit memberontak dan bekerjasama dengan Kerajaan Siam Ayuthia menghalau raja-raja berketurunan Sriwijaya di Ligor dan Cahaya ke Patani. Peperangan tersebut adalah peperangan Melayu-Buddha menentang Melayu-Islam di Patani. Raja Cahaya kemudian berundur ke Bukit Panau, Tanah Merah (di Kelantan sekarang) dan menubuhkan Empayar Chermin Jeddah - Langkasuka. Raja Cahaya terakhir juga Raja Chermin Jeddah - Langkasuka pertama ialah Raja Sakranta atau Raja Zainuddin (setengah pendapat menyebutnya Raja Aminuddin). Raja Ligor dan Raja Cahaya kemudiannya menubuhkan negara Tambralingga.
Setelah runtuhnya Kerajaan Sailendra pada abad ke-9 dan diikuti oleh Kerajaan Sriwijaya pada abad ke-14, Empayar Chermin Jeddah-Langkasuka masih lagi mempunyai hubungan persaudaraan dan akrab dengan Empayar Majapahit yang muncul pada tahun 1293 Masehi. Raja-raja serta rakyat kedua-dua kerajaan berasimilasi serta bekerjasama sehingga terbentuk pula Empayar Chermin Jeddah-Majapahit II setelah runtuhnya Empayar Langkasuka pada abad ke-14. Bagaimana pun amanah daripada Raja Sriwijaya pada tahun 750 Masehi masih lagi dijaga dengan Raja Patani masih lagi menaungi negeri di bawah takluknya.
Pertalian hubungan raja-raja di nusantara ini bermula dari Champa... Aji Saka. Lagenda Jawa tentang Aji Saka serta Medan Kemulan yang terdapat di negeri Kelantan adalah kunci kepada hubungan antara Melayu di seluruh pelusuk Nusantara....

Jumaat, 14 Disember 2012

Salasilah Wali Songo

Adalah sangat sukar memastikan kesahihan tentang salasilah 9 Wali Songo, banyak kisah benar yang telah ditokok tambah menjadikannya ia sebuah lagenda atau cerita rakyat, yang lama kelamaan akan hilang keaslian kisah ke
walian mereka. Begitu juga dalam meneliti salasilah serta asal usul keturunan mereka.
Terdapat banyak versi bagi setiap individu bagi sembilan waliyullah tersebut.

Terdapat beberapa faktor kenapa keadaan sejarah Wali Songo menjadi keliru. Antara puncanya ialah, agenda penipuan maklumat oleh penulis Inggeris seperti Stamford Raffles, penulis-penulis Belanda yang berfahaman zionis seperti Barros, Tom Pirres, Hendrik De Lame dan ramai lagi telah memutar belit sejarah supaya generasi terkemudian tidak lagi mengenal sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, persaudaraan Islam tanpa sempadan dan yang paling dahsyat ialah memupuk semangat kebangsaan mengikut acuan negara masing-masing di Nusantara. Tujuannya ialah supaya umat Islam di Nusantara tidak akan bersatu dan terus bertelingkah sesama sendiri.

Selain itu terdapat juga ekstrimis kesukuan yang taksub dengan Sabdo Palun yang sengaja mereka-reka cerita dengan bertujuan yang tidak baik terhadap Wali Songo. Mereka tidak dapat menerima pemimpin atau orang yang lebih terserlah dari kaum mereka. Dengan itu dikatakan bahawa sebahagian Wali Songo adalah dari keturunan pemimpin mereka secara langsung. Inilah yang menyebabkan berlaku kecelaruan data salasilah serta sejarah Wali Songo.

Peranan ke 9 Wali Songo di Nusantara dalam menyebar agama Islam adalah terlalu besar. Ketokohan serta pengorbanan mereka juga wajar dicontohi dan diteladani oleh generasi akan datang.


1- Sunan Gresik

Maulana Malik Ibrahim merupakan putera sulung Sayyid Hussein Jamadil Kubro dengan Puteri Linang Cahaya, puteri Raja Chermin (Raja Kelantan/Patani). Dilahirkan di Champa pada tahun 1350 dan meninggal dunia pada tahun 1419 dalam usia 69 tahun.
Dibesarkan serta mendapat didikan agama di Kerisek, Patani oleh saudara sebelah ayahanda beliau sebelum pulang semula ke Champa dan berdakwah di sana.

Pada tahun 1397, beliau bersama rombongan Raja Chermin, Sultan Iskandar Syah dan anakanda baginda, Sultan Saddiq Maulana telah ke Majapahit untuk memperbetulkan amalan Hayam Wuruk yang dikatakan mencampur ajaran Hindu-Shiva walaupun telah memeluk agama Islam.

2- Sunan Ampel

Nama sebenarnya ialah Maulana Ahmad Rahmatullah Bin Sayyid Ibrahim al-Akbar Bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Dilahirkan di Champa pada tahun 1377 dan meninggal dunia pada tahun 1533 dalam usia yang sangat tua, iaitu 156 tahun.
Beliau dibesarkan di Champa serta mendapat didikan agama daripada datuk dan ayahnya sendiri sebelum dihantar belajar di Patani.

Pada tahun 1397, dalam usia 20 tahun, Sunan Ampel telah mengikuti rombongan datuknya, Sayyid Hussein Jamadil Kubro ke Sulawesi. Ikut serta dalam rombongan tersebut ialah ayahnya, Ibrahim Asmarakandi (Ibrahim Asmaro) dan Maulana Ishaq. Bagaimana pun Sunan Ampel meneruskan perjalanannya ke Pulau Jawa dan menuju ke Ampel Denta serta berdakwah di sana. Beliau sering berhubung dengan bapa saudaranya, Sunan Gresik atas urusan dakwah. Setelah Sunan Gresik meninggal dunia pada tahun 1419, Ibrahim Asmarakandi dan Maulana Ishaq telah diminta oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubro supaya ke Tanah Jawa meneruskan misi dakwah Sunan Gresik serta membantu Sunan Ampel menyebarkan Islam.

3- Sunan Giri

Muhammad Ainul Yaqin bin Makhdum Ishaq juga lebih dikenali sebagai Raden Paku. Beliau dilahirkan di Blambangan pada tahun 1442 dan meninggal dunia pada tahun 1506 dalam usia 64 tahun.
Beliau mendapat didikan agama di pesantren (pondok) Sunan Ampel, yang juga bapa saudaranya. Setelah tamat belajar, beliau telah membuka pesantren di Desa Sidomukti sebuah perkampungan berbukit bukau. Bukit di dalam bahasa Jawa adalah giri, dengan itu beliau digelar sebagai Sunan Giri selain Prabu Satmata.

4- Sunan Bonang

Maulana Makhdum Ibrahim bin Maulana Ahmad Rahmatullah dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1525 dalam usia 65 tahun. Mendapat didikan agama di pesantren ayahnya, Sunan Ampel di Ampel Denta. Beliau kemudiannya membuka pesantren di Lasem, Jawa Tengah disebuah tempat yang dikenali sebagai Bonang. Beliau telah dilantik sebagai mufti serta panglima pertama Kesultanan Demak.

5- Sunan Kalijaga

Nama sebenarnya ialah Raden Said bin Raden Sahur dilahirkan dalam tahun 1450. Bapanya ialah pemerintah (Adipati) Tuban yang juga dikenali sebagai Arya Wilatika. Usianya dikatakan lebih 100 tahun dan masih lagi hidup semasa kelahiran Kerajaan Pajang pada tahun 1546 seta masih aktif merancang pembinaan tamaddun Islam ketika itu.

Sahabat serta rakan sepejuangan beliau yang paling rapat ialah Sunan Bonang dan Sunan Gunung Jati. Beliau berdakwah menggunakan kaedah seni tempatan yang diterap nilai Islam bagi menarik perhatian penduduk supaya memeluk agama Islam. Setelah Islam telah difahami sedikit demi sedikit seni dan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam telah dihapuskan beliau.

6- Sunan Gunung Jati

Syarif Hidayatullah bin Wan Abdullah Umdatuddin dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1568 dalam usia 118 tahun. Beliau banyak mengembara ke luar negeri untuk menuntuk ilmu agama. Semasa usianya belasan tahun, belai telah dihantar oleh bapanya ke Patani untuk mempelajari pelbagai cabang ilmu.
Kisah Sunan Gunung Jati banyak diputar belit bagi menghapuskan identity sebenar beliau. Ini kerana darah bapa beliau yang masih pekat dan dekat dengan asal usul Wali Songo. Kedua-dua belah pihak ayah dan ibunya memiliki darah Kesultanan, jadi tidak hairanlah beliau adalah satu-satunya anggota Wali Songo yang berdakwah menerusi sistem pemerintahan Kesultanan di Cirebon atau dikenali sebagai Kesultanan Pakungwati.

7- Sunan Drajat

Raden Qosim bin Maulana Ahmad Rahmatullah adalah putera Sunan Ampel yang juga adik kepada Sunan Bonang. Beliau dilahirkan pada tahun 1470 dan tahun beliau meninggal serta umurnya tidak diketahui dengan jelas.

Beliau belajar agama di pesantren Sunan Ampel. Sebelum membuka pesanteran di Desa Drajat, beliau terlebih dahulu berdakwah di Gresik dan Lamongan.

8- Sunan Kudus

Nama aslinya Jaafar Shoddiq bin Utsman Haji. Tiada catatan jelas tahun kelahiran beliau tetapi dikatakan meninggal dunia dalam tahun 1550.

Beliau banayk mempelajari ilmu agama dengan Sunan Kalijaga serta meneruskan kaedah yang sama untuk berdakwah. Bapanya Utsman Haji (Sunan Ngudung) adalah Panglima Perang Kesultanan Demak. Setelah bapanya meninggal dunia, Sunan Kudus pula telah dilantik Kesultanan Demak sebagai Panglima Perang.

9- Sunan Muria

Raden Prawoto bin Raden Said adalah putera Sunan Kalijaga. Bagaimana pun tiada catatan jelas tentang tarikh kelahiran serta umur beliau.

Belajar ilmu agama dengan ayahnya, Sunan Kalijaga serta banyak meniru cara ayahnya berdakwah. Belaiu lebih suka tinggal di desa terpencil untuk berdakwah. Beliau mudah bergaul dengan masyarakat, mengajar bercucuk tanam, berniaga dan menangkap ikan. Selain itu beliau juga sering dirujuk oleh Kesultanan Demak untuk medapatkan nasihat berkaitan pentadbiran dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan.