Catatan Popular

Jumaat, 2 Mac 2012

spesis monyet yang jarang di temui

Gambar sekumpulan monyet hidung pesek berbulu tebal yang hampir pupus berjaya dirakamkan buat pertama kali dalam habitat semula jadinya di kawasan pergunungan negeri Kachin, Myanmar bersempadan China dan disiarkan untuk tontonan umum.



Kejayaan itu atas usaha sekumpulan penyelidik dari Fauna & Flora International (FFI), Persatuan Pemuliharaan Alam Semula jadi dan Biodiversiti (BANCA) serta Yayasan Pemuliharaan dan Sumber Manusia (PRCF) menggunakan kamera tersembunyi bagi mengambil gambar haiwan tersebut.


Menurut saintis FFI, Frank Momberg dalam satu siaran akhbar, spesies itu dikenal pasti secara saintifik tahun lalu selepas berjaya mengumpul spesimen dari pemburu tempatan.


Katanya, keadaan cuaca tidak menentu memberi cabaran kepada pasukan tersebut dalam proses pemasangan kamera.


Ketua penyelidik, Jeremy Holden pula berkata, pihaknya berdepan dengan keadaan sukar di kawasan hutan tebal terpencil yang mungkin mengandungi kurang daripada 200 ekor monyet itu.


"Tuah menyebelahi kami apabila sekumpulan monyet yang terdiri daripada beberapa ekor monyet betina dengan bayinya berjalan berdekatan kamera tersebut Mei lalu," katanya.


Menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula jadi Antarabangsa (IUCN), monyet Mae Hka (nama saintifik Rhinopithecus Strykeri) yang memiliki hidung pendek dan bermuka bulat itu mudah bersin terutama pada musim hujan.


Laporan berita BBC melaporkan, masyarakat tempatan menggelar haiwan tersebut sebagai mey nwoah yang bermaksud monyet dengan wajah terjongket.

Malangnya haiwan tersebut diancam oleh aktiviti pembalakan dan pemburuan serta dikelaskan sebagai 'diancam kepupusan kritikal' dalam senarai merah haiwan terancam IUCN.[sumber]

Tiada ulasan: